Tuesday, September 20, 2011

Khasiat lidah buaya




Pokok Lidah Buaya (bahasa Inggeris: Aloe vera) ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Xanthorrhoeaceae yang berasal dari Afrika Utara. Pokok ini tergolong dalam tumbuhan berbunga, pokok saka, dan tumbuhan herba, dan adalah dalam famili yang sama dengan bawang merah dan bawang putih.

Pokok ini dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit, termasuk kencing manis, sakit jantung dan sembelit.


Ciri-ciri fizikal

Pokok Lidah Buaya tidak mempunyai atau hanya mempunyai batang pokok yang amat pendek, dan tumbuh sehingga 80-100 sentimeter tingginya..berbentuk lembing dengan hujung yang tajam, dan dipenuhi dengan bintik-bintik bulat. Pangkalnya bersarung dan tepinya serat. Daun ini berisi lendir.

Daunnya hijau hingga hijau kelabu, tebal dan berisi. Tepi daun berserat dan memiliki gerigi putih yang kecil. Bunga Lidah Buaya yang berwarna kuning hingga merah jingga dihasilkan pada hujung tangkai bunga yang sehingga 90 sentimeter (3 kaki) panjangnya. Rizomnya yang kukuh dan berwarna putih hingga hijau menghasilkan ubi. Sesetengah ubi itu menghasilkan pula sulur akar yang akan menjadi tumbuhan baharu.

Lidah Buaya amat bertahan terhadap kemarau dan justeru, tidak memerlukan banyak air, khususnya jika ditumbuh di kawasan terbuka. Bagaimanapun, ia memerlukan tanah yang salir dan tidak berupaya hidup di kawasan yang bertakung air atau bertanah liat. Dalam penanaman komersil, penuaian dilakukan selepas enam bulan, dengan daun bawah yang lebar dan terbesar dipetik lebih dahulu. Yang lain ditinggalkan sehingga daun-daun menjadi matang daripada segi saiznya.


Penanaman dan kegunaan

Pokok Lidah Buaya mempunyai sejarah penanaman yang panjang di seluruh kawasan tropika dan subtropika yang lebih kering di dunia, baik sebagai pokok hiasan mahupun sebagai perubatan herba.


Bahan awet

Penyelidik-penyelidik di Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol, telah mengembangkan sejenis gel berasaskan Aloe vera yang memanjangkan pemuliharaan keluaran-keluaran segar, seperti buah-buahan dan kekacang segar. Gel ini hambar, tidak berwarna dan tidak berbau. Produk semula jadi ini merupakan alternatif yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran, berbanding dengan bahan-bahan awet tiruan seperti sulfur dioksida. Kajian menunjukkan bahawa anggur-anggur pada 1 °C yang disapu dengan gel ini dapat dipeliharakan selama 35 hari, berbanding dengan hanya 7 hari untuk anggur-anggur yang tidak diolah. Menurut penyelidik-penyelidik itu, gel ini bertindak melalui satu gabungan mekanik (Serrano et al., 2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara dan, melalui berbagai-bagai sebatian antibiotik dan antikulat, menghalang tindakan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan.


Perubatan

Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Sap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan sap Lidah Buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah (Vogler dan Ernst, 1999). Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga enam hari apabila luka selalu disapu dengan gel Lidah Buaya, berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh pembalut kasa (Farrar, 2005). Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel Lidah Buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh (Schmidt dan Greenspoon, 1991).

Banyak syarikat kosmetik memasukkan sap dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

Sebuah makalah yang diterbitkan oleh Jurnal Amalan Umum British menunjukkan bahawa Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama menghidap kurap air. Bagaimanapun, pembubuhan topikal Lidah Buaya tidaklah berkesan terhadap pencegahan kecederaan berkait sinaran. Fungsi Lidah Buaya yang dikatakan dapat menyembuhkan luka juga masih tidak jelas walaupun terdapat sesetengah hasil kajian yang mengeluarkan keputusan yang menggalakkan. Keberkesanan ujian klinikal terhadap penggunaan Lidah Buaya secara topikal atau melalui mulut juga masih tidak jelas pada masa kini.


Makanan

Senarai Pokok

Hebahan cerita tentang banyaknya manfaat daripada penggunaan Lidah Buaya yang semakin popular telah menjadikan para pengeluar makanan tertarik untuk mengolahnya sebagai bahan makanan baharu. Hal ini terbukti dengan beragamnya produk makanan daripada ekstrak Lidah Buaya yang dijual dalam pasaran. Ada antaranya yang dijual segar atau dibuat manisan, jus, serbuk sehinggalah ke gel aloe vera.

Selain sebagai bahan utama dalam kecantikan, Lidah Buaya juga dikatakan bermanfaat untuk kesihatan seperti mampu melambatkan serangan virus HIV kepada sel sihat, memperbaiki sistem pencernaan, bersifat antiseptik dan antibiotik semulajadi.

Negara-negara Dunia Ketiga dilihat agak ketinggalan, berbanding negara-negara membangun di sekitar lautan Pasifik seperti Hongkong, Taiwan dan China, di mana mereka sentiasa menggunakan Lidah Buaya sebagai suatu makanan budaya. Mereka menggunakannya dalam bentuk jus, manisan bahkan dicampur dengan teh.

Dalam bidang masakan, isi Lidah Buaya sebenarnya amat lazat untuk diadukkan dalam beraneka masakan. Teksturnya yang kenyal dengan rasanya menyegarkan sangat sesuai untuk dicampur dengan salad, tumisan, jus mahupun manisan.

Bagi pengguna yang ingin mengolah Lidah Buaya, berikut merupakan tips bagi mengurangkan bau langu, rasa pahit dan lendirnya:

  • Sentiasa memilih Lidah Buaya berisi tebal. Kupas kulit sedikit tebal sehingga tersisa isi buah yang berwarna putih lutsinar. Potong menjadi bentuk yang lebih kecil. Rendam di dalam air matang yang telah ditambah dengan 0.025% garam dan 0.025% asam sitrat. Biarkan selama 2 jam, cuci bersih dan tiriskan.
  • Cara lain: Setelah dikupas, cuci dan ramas-ramas potongan isi Lidah Buaya di dalam air garam. Setelah lendirnya hilang, rendam dalam air kapur sirih atau tawas agar untuk memperoleh tekstur gel yang lebih kukuh dan kenyal. Cuci bersih dan gel siap digunakan. (sandi faperta untan).


Sifat perubatan Lidah Buaya

Lidah Buaya memiliki sifat-sifat perubatan yang berikut:

Sebuah kajian jangka panjang menunjukkan bahawa Lidah Buaya, sewaktu terangkum dalam diet pesakit kencing manis yang menghidap penyakit jantung ateroma (bengkak pada dinding arteri), dapat mengurangkan dengan ketara kekerapan serangan angina serta jumlah kolesterol serum, trigliserida serum, dan lipid, selain paras gula darah berlapar dan paras gula darah selepas makan, di samping menaikkan lipoprotein ketumpatan tinggi.

Kegunaan daun Lidah Buaya dalam perubatan tradisional

Lidah Buaya digunakan secara meluas dalam perubatan herba tradisional di China, Jepun, Rusia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Jamaica, America Latin, dan India.Ia digunakan secara tradisi untuk merawat sakit, kolik (sakit perut yang memulas-mulas), luka terbakar, lecur, luka, bengkak, sembelit, serta juga:

Di Filipina, jus Lidah Buaya digunakan untuk mencegah keguguran rambut serta juga untuk merawat botak.Ia juga dicampur dengan susu untuk merawat berak darah dan sakit pada ginjal.

Ujian klinikal

Lidah Buaya, sewaktu disapukan pada bahagian berkenaan, boleh merawat herpes genital dan psoriasis (penyakit lantaran imun yang kronik) yang muncul pada kulit).Bagaimanapun, Lidah Buaya tidak berkesan apabila digunakan untuk merawat eritema kulit dan aliran darah yang diakibatkan oleh pendedahan badan kepada sinar ultraunggu B (gelombang sederhana).

Penggunaan Lidah Buaya di Malaysia

Di Malaysia, campuran isi bermusilaj dan sap daun Lidah Buaya digunakan untuk merawat luka, bengkak, dan demam serta disapu pada perut wanita selepas bersalin. Ekstrak cair pula digunakan sebagai tonik rambut. Campuran gula dan sap Lidah Buaya yang diperoleh daripada daun yang dipanaskan diminum untuk merawat penyakit lelah. Lidah Buaya juga digunakan oleh industri kosmetik tempatan untuk mengurangkan kedut dan merawat masalah kulit yang lain.


#Pokok Lidah buaya mmg mujarab#..try la..








0 nak komen:

Blogger news

 
© Copyright 2035 pelangi senja
Theme by Yusuf Fikri