Friday, January 6, 2012

Urutan eratkan hubungan mama & bayi

ORANG TUA-TUA DAHULU SENTIASA
MENGURUT BAYI MEREKA MALAHAN
PERCAYA JIKA SELALU DI URUT TANGAN
DAN KAKI, BUDAK TERSEBUT AKAN LEBIH
CEPAT BERJALAN. WALAUPUN TIDAK DIBUKTIKAN
SECARA SAINTIFIK NAMUN KEPERCAYAAN
MEREKA ADA JUGA BENARNYA KERANA ADA
YANG BOLEH BERJALAN SEAWAL SEMBILAN
BULAN BERKAT HASIL URUTAN.


Mengikut kajian perubatan moden pula, urutan pada badan bayi mempunyai pelbagai manfaat, selain menghilangkan kembung pada perut bayi, ia juga mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak mereka.
Mulakan urutan ketika dalam pantang lagi dan ibu perlu meneruskan urutan tersebut setiap masa. Malahan ada juga kelas antenatal yang
mengajar cara urutan bayi dan ibu boleh mengikut kelas tersebut. Kembalilah kepada keibubapaan alami dan pastinya hubungan ibu dan anak-anak akan lebih erat.




Manfaat urutan pada bayi

1. Membantu pembesaran fizikal bayi.
2. Menguatkan ketahanan tubuh badan.
3. Membina keyakinan diri.
4. Memperbaiki perjalanan darah.
5. Memperbaiki sistem penghadaman.
6. Membantu memudahkan bayi tidur.
7. Merangsang aliran oksigen dalam badan.
8. Membantu perkembangan fungsi otot.
9. membantu meredakan kesakitan apabila demam.
10. Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
11. Meransang perkembangan fizikal dan psikologi.
12. Membuatkan bayi rasa tenang dan selesa.
13. Mengeratkan ikatan kasih sayang ibu dan bayi.


Kaedah memulakan urutan.

  1. Pastikan 15 minit sebelum bermula ibu dan bayi berada dalam keadaan tenang dan selesa. Boleh juga memainkan muzik membantu menenangkan anda dan bayi.
  2. Pastikan suhu dan keadaan bilik sederhana panas. Alaskan kain yan lembut dan sesuai untuk dibaringkan bayi diatasnya.
  3. Sebaiknya bayi tidak berpakaian ketika melakukan urutan dan waktu yang sesuai adalah selepas mandi. Namun urutan juga boleh dilakukan ketika bayi berpakaian.
  4. Gunakan minyak bayi yang lembut untuk mengurangkan geresan ke atas kulit bayi. Sapukan minyak ke atas tangan secukupnya untuk memudahkan urutan . Gosok kedua-dua belah tangan untuk memanaskan tangan anda sebelum menyentuh bayi.
  5. Mulakan urutan dengan yang lembut, perlahan-lahan tambahkan tekanan apabila melihat bayi anda mula selesa dengan urutan yang dilakukan.
  6. Lakukan urutan dengan kasih sayang iaitu dengan memandang mata bayi, bercakap-cakap atau menyanyi.
  7. Sebaiknya lakukan urutan pada waktu yang sama, jadi bayi biasa dan dapat merasainya sebagai satu rutin.
  8. Mulakan dari kepala hingga ke hujung kaki kemudian beralih ke bahagian belakang bayi.


Urutlah dengan kasih sayang kerana
ia mampu menaikkan berat badan bayi,
mengurangkan daripada kebiasaan menangis,
membuatkan bayi lebih
mudah tidur dan pelbagai lagi
manfaat yang boleh untuk kedua-dua pihak.


Mulakan urutan dengan

kaki - Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

Perut - Pijatan i love u. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
  • Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I)
  • Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L)
  • Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

Tangan - Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

Dada - Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.

Muka - Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, Keliling mata dan kening. Urut pipi , usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

Belakang badan - Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.

Bahu - Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.


sumber:NUR/JANUARI2012





0 nak komen:

Blogger news

 
© Copyright 2035 pelangi senja
Theme by Yusuf Fikri