Tuesday, September 20, 2011

Khasiat lidah buaya




Pokok Lidah Buaya (bahasa Inggeris: Aloe vera) ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Xanthorrhoeaceae yang berasal dari Afrika Utara. Pokok ini tergolong dalam tumbuhan berbunga, pokok saka, dan tumbuhan herba, dan adalah dalam famili yang sama dengan bawang merah dan bawang putih.

Pokok ini dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit, termasuk kencing manis, sakit jantung dan sembelit.


Ciri-ciri fizikal

Pokok Lidah Buaya tidak mempunyai atau hanya mempunyai batang pokok yang amat pendek, dan tumbuh sehingga 80-100 sentimeter tingginya..berbentuk lembing dengan hujung yang tajam, dan dipenuhi dengan bintik-bintik bulat. Pangkalnya bersarung dan tepinya serat. Daun ini berisi lendir.

Daunnya hijau hingga hijau kelabu, tebal dan berisi. Tepi daun berserat dan memiliki gerigi putih yang kecil. Bunga Lidah Buaya yang berwarna kuning hingga merah jingga dihasilkan pada hujung tangkai bunga yang sehingga 90 sentimeter (3 kaki) panjangnya. Rizomnya yang kukuh dan berwarna putih hingga hijau menghasilkan ubi. Sesetengah ubi itu menghasilkan pula sulur akar yang akan menjadi tumbuhan baharu.

Lidah Buaya amat bertahan terhadap kemarau dan justeru, tidak memerlukan banyak air, khususnya jika ditumbuh di kawasan terbuka. Bagaimanapun, ia memerlukan tanah yang salir dan tidak berupaya hidup di kawasan yang bertakung air atau bertanah liat. Dalam penanaman komersil, penuaian dilakukan selepas enam bulan, dengan daun bawah yang lebar dan terbesar dipetik lebih dahulu. Yang lain ditinggalkan sehingga daun-daun menjadi matang daripada segi saiznya.


Penanaman dan kegunaan

Pokok Lidah Buaya mempunyai sejarah penanaman yang panjang di seluruh kawasan tropika dan subtropika yang lebih kering di dunia, baik sebagai pokok hiasan mahupun sebagai perubatan herba.


Bahan awet

Penyelidik-penyelidik di Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol, telah mengembangkan sejenis gel berasaskan Aloe vera yang memanjangkan pemuliharaan keluaran-keluaran segar, seperti buah-buahan dan kekacang segar. Gel ini hambar, tidak berwarna dan tidak berbau. Produk semula jadi ini merupakan alternatif yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran, berbanding dengan bahan-bahan awet tiruan seperti sulfur dioksida. Kajian menunjukkan bahawa anggur-anggur pada 1 °C yang disapu dengan gel ini dapat dipeliharakan selama 35 hari, berbanding dengan hanya 7 hari untuk anggur-anggur yang tidak diolah. Menurut penyelidik-penyelidik itu, gel ini bertindak melalui satu gabungan mekanik (Serrano et al., 2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara dan, melalui berbagai-bagai sebatian antibiotik dan antikulat, menghalang tindakan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan.


Perubatan

Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Sap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan sap Lidah Buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah (Vogler dan Ernst, 1999). Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga enam hari apabila luka selalu disapu dengan gel Lidah Buaya, berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh pembalut kasa (Farrar, 2005). Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel Lidah Buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh (Schmidt dan Greenspoon, 1991).

Banyak syarikat kosmetik memasukkan sap dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

Sebuah makalah yang diterbitkan oleh Jurnal Amalan Umum British menunjukkan bahawa Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama menghidap kurap air. Bagaimanapun, pembubuhan topikal Lidah Buaya tidaklah berkesan terhadap pencegahan kecederaan berkait sinaran. Fungsi Lidah Buaya yang dikatakan dapat menyembuhkan luka juga masih tidak jelas walaupun terdapat sesetengah hasil kajian yang mengeluarkan keputusan yang menggalakkan. Keberkesanan ujian klinikal terhadap penggunaan Lidah Buaya secara topikal atau melalui mulut juga masih tidak jelas pada masa kini.


Makanan

Senarai Pokok

Hebahan cerita tentang banyaknya manfaat daripada penggunaan Lidah Buaya yang semakin popular telah menjadikan para pengeluar makanan tertarik untuk mengolahnya sebagai bahan makanan baharu. Hal ini terbukti dengan beragamnya produk makanan daripada ekstrak Lidah Buaya yang dijual dalam pasaran. Ada antaranya yang dijual segar atau dibuat manisan, jus, serbuk sehinggalah ke gel aloe vera.

Selain sebagai bahan utama dalam kecantikan, Lidah Buaya juga dikatakan bermanfaat untuk kesihatan seperti mampu melambatkan serangan virus HIV kepada sel sihat, memperbaiki sistem pencernaan, bersifat antiseptik dan antibiotik semulajadi.

Negara-negara Dunia Ketiga dilihat agak ketinggalan, berbanding negara-negara membangun di sekitar lautan Pasifik seperti Hongkong, Taiwan dan China, di mana mereka sentiasa menggunakan Lidah Buaya sebagai suatu makanan budaya. Mereka menggunakannya dalam bentuk jus, manisan bahkan dicampur dengan teh.

Dalam bidang masakan, isi Lidah Buaya sebenarnya amat lazat untuk diadukkan dalam beraneka masakan. Teksturnya yang kenyal dengan rasanya menyegarkan sangat sesuai untuk dicampur dengan salad, tumisan, jus mahupun manisan.

Bagi pengguna yang ingin mengolah Lidah Buaya, berikut merupakan tips bagi mengurangkan bau langu, rasa pahit dan lendirnya:

  • Sentiasa memilih Lidah Buaya berisi tebal. Kupas kulit sedikit tebal sehingga tersisa isi buah yang berwarna putih lutsinar. Potong menjadi bentuk yang lebih kecil. Rendam di dalam air matang yang telah ditambah dengan 0.025% garam dan 0.025% asam sitrat. Biarkan selama 2 jam, cuci bersih dan tiriskan.
  • Cara lain: Setelah dikupas, cuci dan ramas-ramas potongan isi Lidah Buaya di dalam air garam. Setelah lendirnya hilang, rendam dalam air kapur sirih atau tawas agar untuk memperoleh tekstur gel yang lebih kukuh dan kenyal. Cuci bersih dan gel siap digunakan. (sandi faperta untan).


Sifat perubatan Lidah Buaya

Lidah Buaya memiliki sifat-sifat perubatan yang berikut:

Sebuah kajian jangka panjang menunjukkan bahawa Lidah Buaya, sewaktu terangkum dalam diet pesakit kencing manis yang menghidap penyakit jantung ateroma (bengkak pada dinding arteri), dapat mengurangkan dengan ketara kekerapan serangan angina serta jumlah kolesterol serum, trigliserida serum, dan lipid, selain paras gula darah berlapar dan paras gula darah selepas makan, di samping menaikkan lipoprotein ketumpatan tinggi.

Kegunaan daun Lidah Buaya dalam perubatan tradisional

Lidah Buaya digunakan secara meluas dalam perubatan herba tradisional di China, Jepun, Rusia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Jamaica, America Latin, dan India.Ia digunakan secara tradisi untuk merawat sakit, kolik (sakit perut yang memulas-mulas), luka terbakar, lecur, luka, bengkak, sembelit, serta juga:

Di Filipina, jus Lidah Buaya digunakan untuk mencegah keguguran rambut serta juga untuk merawat botak.Ia juga dicampur dengan susu untuk merawat berak darah dan sakit pada ginjal.

Ujian klinikal

Lidah Buaya, sewaktu disapukan pada bahagian berkenaan, boleh merawat herpes genital dan psoriasis (penyakit lantaran imun yang kronik) yang muncul pada kulit).Bagaimanapun, Lidah Buaya tidak berkesan apabila digunakan untuk merawat eritema kulit dan aliran darah yang diakibatkan oleh pendedahan badan kepada sinar ultraunggu B (gelombang sederhana).

Penggunaan Lidah Buaya di Malaysia

Di Malaysia, campuran isi bermusilaj dan sap daun Lidah Buaya digunakan untuk merawat luka, bengkak, dan demam serta disapu pada perut wanita selepas bersalin. Ekstrak cair pula digunakan sebagai tonik rambut. Campuran gula dan sap Lidah Buaya yang diperoleh daripada daun yang dipanaskan diminum untuk merawat penyakit lelah. Lidah Buaya juga digunakan oleh industri kosmetik tempatan untuk mengurangkan kedut dan merawat masalah kulit yang lain.


#Pokok Lidah buaya mmg mujarab#..try la..








Thursday, September 15, 2011

Di Kala Boring..

Jom kite g mancing nak?!..kata en.suami..
joommm...!dgn pantasnya aku g siap..
pegi dengan hati yg membuak2 dan pancing yg che zul bg(pancing pun org bg)
dgn harapan dptla mkn ikan fresh mlm ni.
bukan pandai sgt pun mancing2 ni,stkt main game mancing2 blehla dpt ikan besar2.
lokasi: Pantai Cahaya Bulan yg dulu juga dikenali sbgai Pantai Cinta Berahi..
pjln mengambil masa dlm stgh jam kot dari rumah..muka en suami berseri2 nak g mancing..mcm2 resepi kluar kalo dpt ikan nt..3rasala,4rasala..kalo hati tgh berbunga2 6rasa pun bleh jd..di pendek kan cite..
tggu punya tggu punya tggu..kalo bleh aku nak taip10X,nk bagi korang tahu camna lmnya aku tggu nak dptkan sekor ikan..punyerla payah..aku tgk org lain jap2 tarik pancing dpt ikan..yg kita ni tarik dpt en.patrick je.
sampailah masuk waktu azan solat mahgrib...'meh kita balik,dah mahgrib ni..kate aku'...'sikit lgi bleh tak?kate en suami..(muke sdeh sbb xdpt sekor habuk pun)..kesian..jgn ckp 3 rasa..1 rasa pun xdpt..hehehe..balik dari mancing masakan mee goreng je..okla tu..kenyang jugak ye dak??




Tuesday, September 13, 2011

Kehamilan palsu


Kehamilan palsu, atau biasanya dikenali sebagai pseudocyesis bagi manusia dan kehamilanpseudo bagi mamalia lain, adalah tanda luaran dan/atau tanda-tanda dan gejala klinikal atau sub-klinikal yang berkait dengan kehamilan apabila manusia atau haiwan sebenarnya tidak mengandung. Secara klinikal, kehamilan palsu biasa dalam perubatan veterinarian (terutama anjing dan tikus). Kehamilan palsu bagi manusia agak jarang dan kadang kala semata-mata psikhologi.


Bagi manusia (pseudocyesis)


Sejarah

Kes pseudocyesis telah direkod dejak zaman purba. Hippocrates memberikan rekod bertulispertama sekitar 300 B.C. apabila dia merekodkan 12 kes wanita dengan masaalah tersebut. Ratu England, Mary I (1516-1558), kemungkinannya contoh watak sejarah barat paling terkenal, yang beberapa kali percaya bahawa dia mengandung, sungguhpun sebenarnya tidak. Sesetengah menyandarkan keganasan yang memberikan gelarannya "Mary Berdarah" sebagai reaksi pada kekecewaan apabila menyedari dia tidak mengandung. Sejarahwan perubatan lain mempercayai bahawa doktor Ratu tersilap mengenal pasti ketumbuhan fibroid dalam uterusnya sebagai kehamilan. John Mason Good mencipta istilah pseudocyesis dari bahasa Greek pseudes (palsu) dan kyesis (hamil) pada 1923.

Pada masa kini, pseudocyesis telah mendapat perhatian dalam kebudayaan popular. Ia telah ditonjolkan dalam siri television CSI: Crime Scene Investigation, Law and Order SVU, The Simpsons, Shameless, General Hospital: Night Shift, Glee, Grey's Anatomy, The Young and the Restless, dan Mental, dalam filem Who's Afraid of Virginia Woolf? dan Oldboy, dan pada album Kaleidoscope, dari kumpulan White Faced Lady.

Tanda dan gejala

Gejala pseudocyesis menyerupai gejala kehamilan sebenar dan sering kali sukar dibezakan antara keduanya. Tanda-tanda semulajadi seperti amenorrhoea, mabuk pagi, puting sensitif, dan kenaikan berat badan mungkin hadir. Ramai pengamal perubatan profesional terkeliru oleh gejala yang dikaitkan dengan pseudocyesis. Penyelidik menunjukkan bahawa 18% wanita yang mengalami pseudocyesis pernah pada satu masa didiagnosis sebagai mengandung oleh pengamal perubatan profesional.

Ciri-ciri yang melambangkan pseudocyesis yaitu yang berlaku pada semua kes adalah kesemua pesakit yang mengidapnya yakin bahawa dirinya mengandung. Perut buncit adalah gejala fizikal biasa bagi pseudocyesis (60–90%). Perut membuncit dalam cara yang sama seperti kehamilan, dengan itu wanita yang mengidapnya kelihatan mengandung. Gejala ini sering kali pulis di bawah bius umum dan perut wanita kembali susut kepada saiz normal.

Tanda fizikal kedua paling biasa bagi pseudocyesis adalah haid tidak menentu (50–90%). Wanita turut melaporkan mengalami perasaan pergerakan fetus yang dikenali sebagai menendang, sungguhpun tidak ada kehadiran fetus (50%–75%). Tanda dan gejala biasa yang lain termasuk sindrom berkaitan dengan perut ("gastrointestinal", perubahan payu dara atau rembesan, sakil bersalin, bengkak uterin, dan pangkal rahim menjadi lembut. Satu peratus wanita akhirnya mengalami sakit bersalin palsu.

Untuk di diagnosis sebagai pseudocyesis sebenar, wanita tersebut mesti yakin bahawa dirinya sebenarnya mengandung. Apabila seseorang wanita dengan sengaja dan secara sedar memalsukan kehamilan, ia diistilah kehamilan tiruan (“simulated pregnancy”)

Punca

Terdapat pelbagai penjelasan, tidak satupun diterima secara menyeluruh. Teori psikodinamik menyandarkan kehamilan tiruan kepada konflik emosi. Ia dipercayai bahawa keinginan kuat bagi menjadi hamil, atau kebimbangan amat untuk mengandung mampu mencipta konflik dalaman dan perubahan pada system endokrin, yang mungkin menjelaskan sebahagian dari gejala pseudocyesis. Teori lain menyentuh mengenai memenuhi keinginan. Ia menyatakan bahawa jika wanita tersangat ingin hamil wanita tersebut mungkin menafsir perubahan kecil pada tubuhnya sebagai tanda kehamilan. Cadangan mekanisma biologi termasuk kesan tekanan pada paksi hipotalamik-pituitari-adrenal, sembelit, peningkatan berat badan, dan pergerakan gas dalam usus kecil.

Demografik

Kadar pseudocyesis di Amerika Syarikat telah menurun dengan jelas dalam abad lalu. Pada 1940-an terdapat satu kes bagi sekitar setiap 250 kehamilan. Kadar ini telah jatuh pada satu dan enam kes bagi setiap 22,000 kelahiran. (http://www.womens-health.co.uk/false_pregnancy.html). Usia purata wanita yang mengidapnya adalah 33, sungguhpun kes telah dilaporkan bagi wanita semuda 6 tahun dan setua 79 tahun. Lebih dari dua per tiga wanita yang mengalami pseudocyesis telah berkahwin, dan sekitar satu per tiga pernah mengandung sekurang-kurangnya sekali. Wanita yang menjadi mangsa haruan makan anak mempunyai risiko lebih besar bagi mengalami pseudocyesis.

Rawatan

Oleh kerana punca fizikal sebenar pseudocyesis tidak diketahui, tiada cadangan umum mengenai rawatan dengan ubat-ubatan. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, pesakit mungkin diberikan ubat-ubatan bagi gejala seperti haid berhenti. Oleh kerana kebanyakan pesakit yang mengidap pseudocyesis mempunyai asas masaalah psychological, mereka patut dirujuk kepada “psychotherapist” bagi rawatan masaalah ini. Bagaimanapun adalah penting bahawa pada masa yang sama, hakikat gejala fizikal pesakit tidak diketepikan begitu sahaja Rawatan yang paling berjaya membuktikan kepada pesakit bahawa dirinya tidak mengandung adalah penggunaan teknik ultrasound atau pengimej yang lain. Terdapat laporan bahawa pesakit sembuh dari pseudocyesis melalui hipnosis, pencahar, berurut, opioid, atau selepas sembilan bulan gejala, dengan mengalami "kelahiran histeria," bagaimanapun tidak banyak data yang ada bagi keberkesanan prosedure ini atau procedure yang lainnya.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Kehamilan_palsu




Kutu KuCinG/caT FleA

Memang buruk rupa kutu ni tp lagi buruk jadi kita kalau kena gigit dgn kutu ni..Parutnya makan tahun nak hilang..Kutu kucing memang tidak hanya dapat menimbulkan alergi, tapi gigitan kutu juga dapat menyebabkan peradangan (inflamasi) pada kulit yang meninggalkan kesan bentik merah, kadang berair dan kadang membengkak disertai rasa gatal yang melampau(xleh nk explain)org yg kena je tahu rasanya..makin di garu makin sedap!haaiishh!..
Terdapat 4 peringkat yg berbeza..kitaran telur melalui peringkat dewasa adalah 30-60 hari,kutu kecil ni boleh melompat 7-16inci serta memerlukan keadaaan panas dan lembab untuk membesar.Purata saiznya 1/2-1/6 inci ..sgt kecil,tanpa sayap,mempunyai duri2 kecil di kakinya..
Bukan kita yang membela kucing je yg dapat rs gigitan shadu kutu ni tp bg mereka yg tak membela pun blh kena(dari kucing liar @ kucing jiran sblh)..macam aku!..seksa!
Untuk mengelakan dari kena gigitan kutu ni perlulah bersihkan rumah selalu dgn memvekum karpet2,kerusi2,celah2 lantai,tempat berhabuk yg senang bg ianya membiak..lepas vakum tu buangla habuknya terus..tak pyh nak simpan bt kenang kenangan lah...korang boleh gunakan garam untuk taburkan kat karpet biarkan semalaman..insyaalah berkesan untuk matikan kutu ni.kalau xberkesan gak korang bakar jela karpet tu,garam gak blh menghilangkan rs gatal lepas kena gigitan kutu ni(air+garam halus)gosok pelan2 kat tempat gatal tu,tlg jgn sental kuat2!nt melecet..atau korang boleh sapukan krem2 yg blh hilangkan kesan parut hitam.

#selamat kembali#

Blogger news

 
© Copyright 2035 pelangi senja
Theme by Yusuf Fikri