Sunday, November 27, 2011

PAP SMEAR

Ujian lumuran Pap (Pap smear test) merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian lumuran Pap ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).

CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap.

Ujian Lumur Pap yang dilakukan sekarang merupakan ciptaan Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962), seorang Amerika kelahiran Greek, bapa kepada sitopatologi.

Dia pertama sekali menerbitkan beberapa siri kes besar bertajuk Diagnosis of uterine cancer by the vaginal smear (Papanicolaou & Traut, 1943). Teknik pensampelan masih tidak bertukar semenjak itu.

Ujian ini merangkumi sapuan pangkal rahim secara berhati-hati untuk mengumpulkan contoh sel. Sel-sel ini diletakkan pada slaid kaca dan diperiksa untuk sebarang keadaan luar biasa di makmal.

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal barah.

Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan. Justeru, wanita yang tidak menjalani ujian tidak akan mengetahui mereka sebenarnya di ambang bahaya mendapat barah pangkal rahim.

Dianggarkan lima sehingga tujuh peratus sapuan Pap menghasilkan keputusan tidak normal, seperti dysplasia, keadaan berkemungkinan pra-barah. Kebanyakan dari keadaan ini bukannya disebabkan barah pangkal rahim, tetapi ia merupakan penanda bahawa peningkatan pemantauan perlu dilakukan.

Sebaik dikesan, CIN akan dibuang melalui pembedahan kecil dan kesihatan wanita akan dipantau sehinggalah disahkan benar-benar sihat yang mengambil masa enam bulan hingga dua tahun; bergantung kepada keadaan setiap pesakit.

Bagi wanita bujang dan tidak pernah mengadakan hubungan seks, mereka hanya perlu menjalani dua pemeriksaan saja, iaitu ujian ultra bunyi dan barah payudara.

sila klik link untuk melihat ujian pap smear dilakukan.

http://vimeo.com/23182775

*UJIAN PAP SMEAR TIDAK MENYAKITKAN!




Saturday, November 12, 2011

Sunway Lagoon!




lama rsnya xkongsi pape dlm ni..malas+xde idea+internet xde<< sebab utama..
Masa balik klang hari tu sempat plan g sunway lagoon ..walaupun harga tiketnya membuatkan poket laki aku terkoyak rabak..haha..ala skali skala..kite enjoy!bak kate nora danish...
pergi pun da lambat so xdela banyak masa nak dok main2 dalam tu..dari kul 3 sampai kul 6 je..kalo nk g sunway lagoon kena g awal2..baru best main air sampai kecut2 kulit..
pic pun xambil byk..share sket2 sudah!













untuk keterangan lebih lanjut sila layari

Blogger news

 
© Copyright 2035 pelangi senja
Theme by Yusuf Fikri