Friday, January 6, 2012

Urutan eratkan hubungan mama & bayi

ORANG TUA-TUA DAHULU SENTIASA
MENGURUT BAYI MEREKA MALAHAN
PERCAYA JIKA SELALU DI URUT TANGAN
DAN KAKI, BUDAK TERSEBUT AKAN LEBIH
CEPAT BERJALAN. WALAUPUN TIDAK DIBUKTIKAN
SECARA SAINTIFIK NAMUN KEPERCAYAAN
MEREKA ADA JUGA BENARNYA KERANA ADA
YANG BOLEH BERJALAN SEAWAL SEMBILAN
BULAN BERKAT HASIL URUTAN.


Mengikut kajian perubatan moden pula, urutan pada badan bayi mempunyai pelbagai manfaat, selain menghilangkan kembung pada perut bayi, ia juga mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak mereka.
Mulakan urutan ketika dalam pantang lagi dan ibu perlu meneruskan urutan tersebut setiap masa. Malahan ada juga kelas antenatal yang
mengajar cara urutan bayi dan ibu boleh mengikut kelas tersebut. Kembalilah kepada keibubapaan alami dan pastinya hubungan ibu dan anak-anak akan lebih erat.




Manfaat urutan pada bayi

1. Membantu pembesaran fizikal bayi.
2. Menguatkan ketahanan tubuh badan.
3. Membina keyakinan diri.
4. Memperbaiki perjalanan darah.
5. Memperbaiki sistem penghadaman.
6. Membantu memudahkan bayi tidur.
7. Merangsang aliran oksigen dalam badan.
8. Membantu perkembangan fungsi otot.
9. membantu meredakan kesakitan apabila demam.
10. Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
11. Meransang perkembangan fizikal dan psikologi.
12. Membuatkan bayi rasa tenang dan selesa.
13. Mengeratkan ikatan kasih sayang ibu dan bayi.


Kaedah memulakan urutan.

  1. Pastikan 15 minit sebelum bermula ibu dan bayi berada dalam keadaan tenang dan selesa. Boleh juga memainkan muzik membantu menenangkan anda dan bayi.
  2. Pastikan suhu dan keadaan bilik sederhana panas. Alaskan kain yan lembut dan sesuai untuk dibaringkan bayi diatasnya.
  3. Sebaiknya bayi tidak berpakaian ketika melakukan urutan dan waktu yang sesuai adalah selepas mandi. Namun urutan juga boleh dilakukan ketika bayi berpakaian.
  4. Gunakan minyak bayi yang lembut untuk mengurangkan geresan ke atas kulit bayi. Sapukan minyak ke atas tangan secukupnya untuk memudahkan urutan . Gosok kedua-dua belah tangan untuk memanaskan tangan anda sebelum menyentuh bayi.
  5. Mulakan urutan dengan yang lembut, perlahan-lahan tambahkan tekanan apabila melihat bayi anda mula selesa dengan urutan yang dilakukan.
  6. Lakukan urutan dengan kasih sayang iaitu dengan memandang mata bayi, bercakap-cakap atau menyanyi.
  7. Sebaiknya lakukan urutan pada waktu yang sama, jadi bayi biasa dan dapat merasainya sebagai satu rutin.
  8. Mulakan dari kepala hingga ke hujung kaki kemudian beralih ke bahagian belakang bayi.


Urutlah dengan kasih sayang kerana
ia mampu menaikkan berat badan bayi,
mengurangkan daripada kebiasaan menangis,
membuatkan bayi lebih
mudah tidur dan pelbagai lagi
manfaat yang boleh untuk kedua-dua pihak.


Mulakan urutan dengan

kaki - Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

Perut - Pijatan i love u. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
  • Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I)
  • Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L)
  • Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

Tangan - Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

Dada - Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.

Muka - Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, Keliling mata dan kening. Urut pipi , usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

Belakang badan - Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.

Bahu - Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.


sumber:NUR/JANUARI2012





Thursday, January 5, 2012

MEMAHAMI UBAT ANTIRETROVIRAL (HAART)

Pekara yang anda perlu tahu mengenai ubat antiretroviral

HARRT - adalah singkatan untuk "Highly Actice Antiretroviral Therapy" atau pun dikenali sebagai "Cocktail regime". Hanya kombinasi 3 jenis ubat antiretroviral (daripada >2 jenis ubat).
Kombinasi 3 jenis ubat antiretroviral di perlukan untuk keberkesanan yang optimal.


Kelas ubat antiretroviral


A) Nucleoside reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) / Nucleotide Reverse Transcriptase Inhibitors (ntRTI) - NUKES

B) Non - Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NNRTI) - NON - NUKES

C) Protease Inhibitors (PI)

D) Lain-lain, cth: Integrase Inhibitors



Ubat antiretroviral yan terdapat di Malaysia

A) NRTI : Didanosine , Lamivudine, Zodovudine, Stavudine, Emtricitabine
B) ntRTI : Tenofovir
C) NNRTI : Efavirenz, Nevirapine
D) PI : Indivadir, Ritonavir, Lopinavir, Saquinavir, Atazanavir
E) Integrase Inhibitor : Rategravir


Ubat kombinasi yang terdapat di Malaysia

  1. SLN - Stavudine + Lamivudine + Nevirapine
  2. Combivir - Zidovudine+Lamivudine
  3. Kaletra - Lopinavir+ Ritonavir
  4. Tenvir EM - Tenofovir + Emtricitabine


HAART akan dimulakan apabila

  • Pesakit telah bersedia untuk memulakan HAART (HAART perlu di ambil sepanjang hayat- Berkahwin dengan ubat)
  • Bila CD4 kurang daripada 350sel
  • pesakit mempunyai genjala penyakit AIDS walaupun bilangan CD4 tinggi.
  • Semasa mengandung.


Apakah CD4?

CD4 atau sel darah putih merupakan askar di dalam badan yang bertindak melawan jangkitan yang memasuki tubuh seseorang. Dalam pesakit HIV, Virus menyerang sel CD4 dan memusnahkanya. Dengan ketiadaan jumlah askar yang mencukupi badan terdedah kepada jangkitan lain.


Bagaimana HAART bertindak

Setiap kelas ubat antiretroviral bertindak untuk menghalang pembiakan atau pembentukkan virus baru. Apabila ini berlaku, bilangan virus HIV dalam darah akan berkurangan dan penyakit dapat dikawal.


kebaikan memulakan HAART

  • Akan meningkatkan sistem daya pertahanan badan dengan meningkatkan bilangan CD4.
  • Memastikan bilangan virus HIV dalam darah dalam paras paling rendah.
  • Mengurangkan risiko jangkitan opportunistik.
  • Meningkatkan kualiti hidup.
  • Memanjangkan jangka hidup.


Kesan sampingan yang mungkin berlaku

  • NRTI - muntah , loya, rasa kebas di jari tanga dan kaki.
  • ntRTI - cirit-berit, kegagalan buah pinggang.
  • NNRTI - ruam, pening, masalah hati.
  • PI - muntah, loya, masalah hati, kekuningan kulit, menyebabkan tau menerukkan penyakit kencing manis atau paras kolesterol.


HAART akan GAGAL bila


  • Ubat tidak dimakan dengan betul (lupa atau lewat makan ubat).
  • Menganbil ubat HAART bersama ubat tradisional / herba.
  • Mengambil ubat HAART bersama dengan arak atau ubat hipnotik(ubat tidur).

Virus HIV akan menjadi kebal kepada ubat antiretroviral berikutan cara pengambilan ubat yang salah.


Tips pengambilan ubat- ubatan...


  • Makanlah HAART tepat pada masa yang ditetapkan bagi menjamin keberkesanan yang optimal.
  • Gunakan 'alarm' telefon atau jam loceng sebagai peringatan untuk mengambil ubat.
  • Bawalah ubat-ubatan bersama sekiranya pergi melancong atau ke tempat kerja.
  • Selalu pastikan bekalan ubat adalah mencukupi sekurang-kurangnya untuk 1 minggu sebelum bekalan seterusnya.sekiranya stok ubat tidak mencukupi, hubungilah klinik dengan segera.
  • Jangan ambil ubat tradisional atau herba dengan HAART kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan HAART.
  • Bertanyalah denga doktor/ pegawai farmasi sebelum mengambil sebarang vitamin atau ubat -ubatan lain.
  • Sekiranya demam atau mengalami kesan sampingan ubat segeralah berjumpa doktor.
  • Jangan berhenti makan ubat HAART sekiranya anda berasa tidak sihat meskipun setelah kembali sihat.
  • Hanya makan makanan dan air yang masak sepenuhnya.jangan makan makanan separuh masak (cth:telur separuh masak,kerang) dan ais batu.
  • Patuhi rutin ujian darah serta temujanji berjumpa denga doktor/pegawai farmasi sebagaimana yan telah ditetapkan.


Fakta penting mengenai HAART


  • Ubat HAART mesti diambil sepanjang hayat dan tidak boleh diberhentikan.
  • Rejim pertama HAART adalah yang terbaik untuk mengurangkan bilangan virus HIV dalam darah.
  • Pengambilan ubat HAART amat penting pada masa yang tepat untuk keberkesanan HAART.
  • Bilangna sel CD4 hanya boleh diperiksa peningkatanya 3-4 bulan selepas memulakan HAART.
  • Sekiranya HAART dimulakna untuk pesakit dengan CD4<200sel, sesetengah sesakit akan bertambah teruk sebelum bertambah baik.Tetapi ini tidak bermakna HAART tidak berkesan.ini berlaku kerana sistem daya pertahanan pesakit sedang bertambah baik.
  • Semasa bulan ramadhan pesakit beragama islam tidak dibenarkan berpuasa dan perlu membayar fidyah.

*SUMBER UNIT AIDS/ STD JKN PULAU PINANG.







Tuesday, January 3, 2012

BEBAS DARIPADA ROKOK!

Keazaman sahaja adalah tidak memadai

Jika perbuatan berhenti merokok adalah begitu mudah, kebanyakan orang akan berhenti begitu sahaja dan tidak kembali merokok.

namun demikian, ia bukan semudah itu.

Sekitar 95-97% orang yang cuba menghentikan tabiat merokok dengan berbekalkan keazaman telah gagal!
merokok merupakan suatu ketagihan kuat yang sukar untuk dihentikan.


Nikotin adalah penentang hebat

Setiap kali anda merokok, nikotin akan meransang sejenis bahan kimia di dalam otak anda yang membuatkan anda merasai keseronokan. Ia seperti ganjaran yang di perolehi daripada merokok.

Apabila anda tidak merokok buat sementara waktu, bahan kimia yang membekalkan "'keseronokan'' akan menurun dan menyebabkan anda ketagith untuk merokok lagi.Ketagihan ini kuat dan berterusan.

Jika anda tidak merokok, anda akan mudah meradang, otak anda mahukan ransangan lagi daripada nikotin.ia merupakan ketagihan hebat yang begitu susah untuk dilawan.



Tahap kesihatan anda
menunjukan pemulihan serta-merta apabila anda berhenti merokok

Setiap individu mengetahui merokok adalah membahayakan kesihatan. Namun kesan-kesan merokok mula diterbalikkan sebaik sahaja anda berhenti merokok.

>>>8jam pertama
Paras nikotin dan karbon monoksida di dalam darah menurun kepada separuh dan kandungan oksigen di dalam darah kembali normal.Peredaran dipulihkan.

>>>24 jam pertama
karbon monoksida dan nikotin disingkir daripada badan.

>>>2 hari
Keupayaan deria rasa dan deria bau pulih seperti sedia kala.

>>>1 bulan
Kulit hilang kepucatan yang berwarna kelabu dan kedutan berkurangan.

>>>3-9 bulan
Batuk dan Bunyi berdesit berkurangan

>>>1 tahun
Risiko serangan penyakit jantung berkurang pada kadar separuh berbanding dengan perokok.

>>>10 tahun
risiko serangan kanser paru-paru berkurang pada kadar separuh berbanding dengan perokok.

>>>15 tahun
risiko serangan penyakit jantung berkurangan seperti individu yang tidak pernah merokok.

BERSEDIA UNTUK BERHENTI MEROKOK?
*Tanya doktor anda untuk kaedah berhenti merokok yang sesuai.

Blogger news

 
© Copyright 2035 pelangi senja
Theme by Yusuf Fikri